IKLAN KEKOSONGAN

PENGURUS KES GRED 23 (RECRUITMENT SPECIALIST) TETAP DAN TIDAK BERPENCEN/KONTRAK

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sumber Manusia, Psikologi Pemulihan Pekerjaan, Perhubungan Industri, Psikologi Industri dan organisasi, Latihan dan Pembangunan, Head Hunter, Perhubungan Awam, Komunikasi Massa, Pentadbiran Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

• 3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4. Keutamaan dan kelebihan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang Perkhidmatan Pekerjaan dan Sumber Manusia serta mempunyai jaringan dan hubungan baik dengan pelbagai pemegang taruh, pengurusan risiko, prinsip insurans dan perundangan;

• 5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris, bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan

• 6. Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di pejabat-pejabat PERKESO seluruh Malaysia.

Tanggungjawab:

• 1. Bekerjasama bersama Pegawai Sumber Manusia dengan syarikat- syarikat yang menawarkan jawatan berkemahiran tinggi untuk membantu pengambilan pekerja baharu;

• 2. Mewujudkan hubungan strategik dengan syarikat-syarikat dalam mempromosikan perkhidmatan pekerjaan PERKESO;

• 3. Iklankan jawatan kosong kepada pemegang taruh dan rangkaian libat urus sedia ada;

• 4. Memastikan pengkalan data calon dengan teratur;

• 5. Menganalisa sumber dan tempoh masa yang diambil untuk satu-satu jawatan untuk diisi;

• 6. Mengkaji dan mengenalpasti sistem dan teknik penyumber calon yang baharu;

• 7. Melaksanakan strategi talent engagement; dan

• 8. Melaksanakan program kebolehpasaran dan pendedahan awal.

Lingkungan Gaji:

• Min.RM3,100.00 Mak.RM14,000.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam