IKLAN KEKOSONGAN

JURUANALISA SISTEM GRED 23 (TETAP &TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

Kelayakan:

• 1.Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• 3.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4.Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam projek IT;

• 5.Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam ‘e-payment’ projek dan berurusan dengan pihak ketiga berkenaan saluran atau medium pembayaran.

• 6.Mempunyai skil komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak (majikan, agen pemungut, pihak pembekal, agensi kerajaan dan swasta) serta boleh bekerja secara berpasukan; dan

• 7.Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1.Menyelia fail-fail FTP Bank (Caruman) yang diterima daripada pihak ejen pemungut bagi pembayaran secara Internet Banking (IB) dan Kaunter Bank Akta 4 dan Akta 800.

• 2.Mengawal selia dan memantau pemprosesan fail-fail FTP Bank (Caruman) yang diterima daripada Bank menggunakan Scheduler FTP Bank bagi Akta 4 dan Akta 800;

• 3.Mentadbir, memantau dan menyelia aktiviti penyesuaian Buku Tunai dan ASSIST Akta 4 dan Akta 800 bagi saluran Kaunter PERKESO, Kaunter Bank.Perbankan Internet.

• 4.Menyelia Rekod Rejection dari fail FTP (OTC Bank dan IB) bagi Akta 4 dan Akta 800;

• 5.Mentadbir dan mengawal selia aktivti di Cawangan Pungutan yang berkaitan teknikal seperti Penambahbaikan proses, Penambahbaikan sistem dan Sokongan teknikal;

• 6.Mentadbir dan mengawal selia integrasi bersama ejen pemungut berkaitan Mesyuarat sukuan dan sokongan teknikal dan Penambahbaikan proses dan sistem.

• 7.Mengawal selia integrasi ASSIST / MATRIX dan Sistem SAGA;

• 8.Mentadbir, memantau dan melaksanakan User Acceptance Test (UAT) melibatkan module Collection bagi Akta 4 dan Akta 800;

• 9.Mentadbir dan mengurus hal-hal berkaitan perlantikan ejen bank bagi kutipan caruman Akta 4, Akta 789 dan Akta 800;

• 10.Mentadbir serta menyediakan dokumen perjanjian bank (Bank Agreement) bagi Akta 4, Akta 789 dan Akta 800;

• 11.Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

• Min:RM3,100.00-Mak.RM14,000.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam