IKLAN KEKOSONGAN

KETUA CAWANGAN TRANSFORMASI GRED 26 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

Kelayakan:

• 1.Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2.Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• 3.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4.Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam pengurusan perubahan;

• 5.Mempunyai pengalaman dalam melaksanakan program-program transformasi pada peringkat organisasi;

• 6.Mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang perniagaan/pengoperasian.

• 7.Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1.Bertanggungjawab melaksanakan Program Transformasi seperti mengenalpasti masalah, jurang dan kelemahan di dalam proses dan aktiviti perniagaan PERKESO serta membangun program / projek transformasi untuk mengatasi masalah, jurang dan kelemahan tersebut;

• 2.Mengurus dan Merancang Penggubalan dan Penyediaan Pelan Transformasi PERKESO;

• 3.Mengurus dan Merancang Pelaksanaan Pengurusan Program / Projek Transformasi;

• 4.Memantau Pencapaian Kemajuan Pelaksanaan Program Transformasi;

• 5.Mengurus dan Merancang Penyediaan Pelan Pengurusan Perubahan / Pelan Komunikasi;

• 6.Memantau Pencapaian Kemajuan Pelaksanaan Program Perubahan / Pelan Komunikasi;

• 7.Mengurus dan Merancang Pelaksanaan Keberkesanan Program Perubahan / Pelan Komunikasi;

• 8.Mentadbir urusan pentadbiran dan perkhidmatan Cawangan; dan

• 9.Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

• Min:RM9,100.00-Mak.RM21,400.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam