IKLAN KEKOSONGAN

PEGAWAI PERUBATAN GRED 24 (TETAP & TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

Kelayakan:

• 1.Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2.Memiliki Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

• 3.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4.Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

• 5.Calon-calon yang dilantik mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang kesihatan awam atau kesihatan pekerjaan;

• 6.Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan di atas atau perubatan atau tuntutan PERKESO;

• 7.Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1.Merancang, melaksana dan menguruskan program-program pencegahan, perubatan dan pemulihan;

• 2.Menyediakan pandangan perubatan untuk kes Penyakit Khidmat, Bencana Kerja dan Ilat;

• 3.Membuat semakan keputusan Jemaah Doktor dan memantau perjalanan Jemaah Doktor/Jemaah Doktor Rayuan;

• 4.Menilai tahap hilang upaya sebagai Penilai Perubatan;

• 5.Menjalankan promosi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

• 6.Bertanggungjawab menyemak dan meluluskan permohonan perkhidmatan pemulihan;

• 7.Melaksanakan program latihan pemantapan, garis panduan bagi perkhidmatan pencegahan, perubatan dan pemulihan PERKESO;

• 8.Melaksanakan program latihan untuk pegawai PERKESO;

• 9.Menjadi tenaga pengajar bagi program anjuran Bahagian/ Cawangan PERKESO.

• 10.Terlibat dalam sistem pengurusan faedah perubatan PERKESO;

• 11.Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

• Min:RM5,600.00-Mak.RM15,900.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam