IKLAN KEKOSONGAN

PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT GRED 23 (KONTRAK)

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• 2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan dalam bidang komunikasi yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4. Memiliki pengalaman dan berkemahiran dalam penulisan akhbar, media sosial dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris serta boleh berkerjasama dan dengan pihak media terutamanya berhubung dengan perkara berkaitan PERKESO.

• 5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;

• 6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1. Membantu menyediakan dan menyemak kenyataan media, maklum balaskepada media, teks-teks ucapan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Lembaga, Ketua Eksekutif, talking points sidang media, Q&A, artikel, op-ed dan temu bual bersama media serta lain-lain;

• 2. Membantu membuat pemantauan dan menyediakan laporan liputan media berkaitan PERKESO;

• 3. Membantu membuat pemantauan dan menyediakan laporan liputan media berkaitan PERKESO;

• 4. Membantu membuat pemantauan dan menyediakan laporan liputan media berkaitan PERKESO;

• 5.Membantu menguruskan hal-hal berkaitan media termasuk sidang media, jemputan liputan media, temu bual dan soal jawab bersama media serta program untuk mewujudkan hubungan baik dengan kumpulan media;

• 6. Membantu merangka Pelan Krisis Komunikasi dan Garis Panduan Komunikasi Korporat;

• 7. Membantu merancang dan menguruskan secara strategik maklum balas kepada pihak luar berkaitan sebarang isu sensitif berkaitan PERKESO yang boleh membawa impak positif atau negatif kepada organisasi;

• 8. Membantu menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam dengan pihak Pejabat Menteri dan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia seperti kemas kini takwim, program, menghadiri mesyuarat dan kursus, penyediaan maklum balas PERKESO dan sebagainya;

• 9. Membantu merancang, menyedia dan menguruskan konsep serta kandungan bagi bahan hebahan seperti pengumuman, notis, makluman, bahan komunikasi untuk media sosial rasmi PERKESO;

• 10. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

• Min.RM3,100.00-Maks.RM14,000.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam