IKLAN KEKOSONGAN

KETUA UNIT ENTERPRISE RESOURCES MANAGEMENT (ERM) GRED 25 (TETAP/KONTRAK)

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• 2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• 3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SIjil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

• 4. Mempunyai pengalaman minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan ICT dan projek/program ICT.

• 5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik; dan

• 6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1. Memproses permohonan Panel ICT daripada pembekal-pembekal ICT dengan memastikan maklumat permohonan adalah mematuhi senarai semak di dalam Garis Panduan Pengurusan Panel Perkhidmatan Panel ICT dan mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Panel Perkhidmatan ICT (JPPPICT);

• 2. Menyedia Kertas Cadangan Senarai Panel ICT yang telah diluluskan oleh JPPPICT untuk dibentangkan ke Lembaga PERKESO dan mengeluarkan Surat Pelantikan Panel ICT;

• 3. Menyemak dan memastikan isi kandungan deraf kontrak adalah menepati maklumat yang terkandung di dalam Request for Information (RFI);

• 4. Memproses Permohonan Keperluan Sumber daripada Panel ICT yang telah dilantik dengan memastikan maklumat permohonan adalah mematuhi senarai semak di dalam Garis Panduan Pengurusan Panel Perkhidmatan Panel ICT dan membentangkan permohonan yang telah disemak ke dalam Mesyuarat JPPPICT;

• 5. Menjadi Urusetia Mesyuarat JPPPICT termasuk membuat jemputan, mencatat minit dan menyediakan minit mesyuarat serta membuat edaran minit mesyuarat;

• 6. Menyediakan Minit Bebas, Surat Arahan Kerja (Work Order) bagi Permohonan Keperluan Sumber yang telah diluluskan oleh JPPPICT untuk ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Eksekutif;

• 7. Membuat edaran Surat Arahan Kerja kepada panel ICT yang terlibat dan surat yang telah disetuju terima oleh pihak panel ICT akan diedakan kepada Bahagian Kewangan dan pemohon keperluan sumber; dan

• 8. Menyemak dan memproses invois yang telah dikemukakan oleh pihak panel ICT mengikut Surat Arahan Kerja.

Lingkungan Gaji:

• Min.RM8,200.00-Maks.RM19,000.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam