IKLAN KEKOSONGAN

KETUA CAWANGAN KOMUNIKASI JENAMA GRED 26 (KONTRAK)

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• 2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• 3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4. Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan penjenamaan, pemasaran serta pengurusan Projek di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai organisasi besar serta dan berkemahiran dalam bidang perhubungan awam, publisiti dan digital media;

• 5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik;

• 6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1. Memimpin dan menyediakan hala tuju strategik dalam merangka strategi dan perancangan jenama bersepadu yang mencerminkan dan mengukuhkan visi dan nilai PERKESO dengan menentukan kedudukan jenama yang diingini;

• 2. Membangunkan program ekuiti jenama dan nilai PERKESO untuk memastikan pemahaman tentang organisasi yang konsisten di seluruh negara;

• 3. Mengemudi penggubalan dan pewujudan identiti dan garis panduan jenama korporat yang merangkumi pelaksanaan identiti jenama yang koheren, pemahaman dan aplikasi melalui piawaian, templat, alatan dan sokongan kepada pihak berkepentingan dalaman dan luaran untuk menyelaraskan semua inisiatif penjenamaan dan komunikasi;

• 4. Menyediakan hala tuju strategik dalam penjanaan idea kepada pelaksanaan strategi Perbelanjaan Pengiklanan & Promosi atau Advertising & Promotional Spend (A&P) untuk menyampaikan mesej utama berkaitan PERKESO melalui pelaksanaan pengiklanan produk dan korporat (corporate and product advertising), kempen dan promosi yang berkesan;

• 5. Memperkenalkan PERKESO melalui kempen dan acara korporat dicapai melalui pelaksanaan acara yang strategik, berkesan dan berkualiti dan menguruskan penglibatan dan penyertaan PERKESO di acara industri, pameran perdagangan dan persidangan.

Lingkungan Gaji:

• Min:RM9,100.00-Maks.RM21,400.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam