IKLAN KEKOSONGAN

PEGAWAI PERUBATAN GRED 24 (TETAP DAN TIDAK BERPENCEN/KONTRAK)

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2. Memiliki Ijazah dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• 3. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4. Memiliki Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

• 5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangya 2 tahun dalam bidang perubatan;

• 6. Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki pensijilan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) atau sijil yang setaraf dengannya;

• 7. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan awam atau kesihatan pekerjaan akan diutamakan;

• 8. Bersedia untuk bertugas di seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Seberang Jaya dan Kuala Terengganu.

Tanggungjawab:

• 1.Merancang, melaksana dan menguruskan program-program pencegahan, perubatan dan pemulihan;

• 2. Menyediakan pandangan perubatan untuk kes Penyakit Khidmat, Bencana Kerja dan Ilat;

• 3. Membuat semakan keputusan Jemaah Doktor dan memantau perjalanan Jemaah Doktor/Jemaah Doktor Rayuan;

• 4. Menilai tahap hilang upaya sebagai Penilai Perubatan;

• 5. Menjalankan promosi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

• 6. Bertanggungjawab menyemak dan meluluskan permohonan perkhidmatan pemulihan;

• 7. Melaksanakan program latihan pemantapan, garis panduan bagi perkhidmatan pencegahan, perubatan dan pemulihan PERKESO;

• 8. Melaksanakan program latihan untuk pegawai PERKESO;

• 9. Menjadi tenaga pengajar bagi program anjuran Bahagian/ Cawangan PERKESO;

• 10. Terlibat dalam sistem pengurusan faedah perubatan PERKESO;

• 11. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

• Min.RM5,600.00-Mak.RM19,000.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam