IKLAN KEKOSONGAN

PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 19 KONTRAK (CUSTOMER SERVICE REPRESENTATIVE)

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2. Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Dan

• 3. Memiliki kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4. Keutamaan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan (Customer Service) atau Pusat Khidmat Pelanggan (Call Centre);

• 5. Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta keutamaan kepada calon yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa seperti Mandarin, Tamil dan sebagainya;

• 6. Memiliki keterampilan, bermotivasi tinggi bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, prihatin dan boleh bekerja dalam satu pasukan;

• 7. Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Menara PERKESO Putrajaya.

Tanggungjawab:

• 1. Bertanggungjawab dalam mengendalikan semua panggilan telefon dan maklum balas multimedia dengan cekap dan berkualiti berkaitan dengan semua produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh PERKESO; dan

• 2. Membantu menyelesaikan aduan atau pertanyaan yang melibatkan semua isu yang dihadapi oleh pelanggan semasa berurusan dengan Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO.

Lingkungan Gaji:

• Min.RM2,200.00-Mak.RM10,300.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam