IKLAN KEKOSONGAN

PENGURUS PROJEK GRED 24 SKIM JURUANALISA SISTEM (TETAP/KONTRAK)

Kelayakan:

• 1.Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• 3.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4.Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam pengurusan projek IT;

• 5.Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan

• 6.Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab:

• 1.Merancang, membangun dan melaksana perkhidmatan sokongan teknikal ICT yang meliputi kesemua perisian teras dan sokongan PERKESO serta perkakasan dan peralatan seperti server, komputer peribadi, pencetak dan pengimbas.

• 2.Memastikan laporan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan disalurkan kepada unit ICT yang berkaitan atau pembekal bagi tindakan selanjutnya. Memantau dan mengambil tindakan susulan penyelesaian oleh pembekal dari semasa ke semasa sehingga permasalahan diselesaikan.

• 3.Bertanggung jawab untuk menguruskan dan menyokong dalam bidang pengurusan program/projek secara berkesan berdasarkan skop, garis masa yang ditetapkan, kelulusan bajet, menepati piawaian dan pematuhan kepada Garis Panduan Pengurusan Projek ICT PERKESO (PPrIPKS).

• 4.Melaksanakan perkhidmatan bagi semua program/projek termasuk pengurusan pembekal, pengurusan isu, pengurusan risiko, pengurusan kewangan, pengurusan serahan, pengurusan sumber, pelaksanaan sistem, penerimaan dan laporan.

• 5.Memantau keberkesanan penghantaran, dan menjejaki semua aktiviti program/projek dan bajet bagi sokongan dan perkhidmatan dengan jayanya secara sistematik.

• 6.Bekerjasama dengan pemegang taruh untuk memastikan semua keperluan dipenuhi.

• 7.Mengurus program/ projek dan keperluan perubahan perkhidmatan serta pengurusan skop dengan pemegang taruh sepanjang kitaran hayat perlaksanaan projek dengan efisien.

• 8.Memastikan setiap fasa program/projek dilaksanakan dengan lancar dan cekap sehingga tahap pengurusan penutupan projek tanpa kesan yang tidak diingini ke atas kepuasan pemegang taruh.

• 9.Boleh menguruskan program/projek dengan menggunakan praktis pengurusan projek, sokongan dan perkhidmatan berdasarkan metodologi atau rangka kerja yang berbeza (contoh: Waterfall, Agile, Scrum).

• 10.Memahami dan mematuhi semua proses dalaman yang mengawal penghantaran program/projek serta khidmat sokongan dalam pengurusan projek.

• 11. Menyediakan keperluan pemindahan pengetahuan kepada pengganti, tidak terhad kepada dokumentasi penyerahan dan latihan semasa kerja.

• 12.Memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan berkaitan praktis pengurusan projek, samada cadangan bertulis atau lisan kepada pengurusan, mesyuarat Jawatankuasa dan laporan status projek

Lingkungan Gaji:

• Min.RM5,600.00-Mak.RM15,900.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam